<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n; n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0';n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script','https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1758583920864235'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1758583920864235&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- DO NOT MODIFY --> <!-- End Facebook Pixel Code --> URUT BEKAM MERU KLANG WAN THERAPY: ANGIN DALAM BADAN, SEBAB MUSABAB DAN PETUA KELUARKANNYA...

Saturday, 28 February 2015

ANGIN DALAM BADAN, SEBAB MUSABAB DAN PETUA KELUARKANNYA...

Angin dalam badan, sebab musabab dan petua keluarkannya Angin dalam badan...

 Angin masuk badan... Badan berangin.... Maknanya satu je hhehe. Semua orang dah mungkin dah biasa dengan kes yang satu ni ni kan. Kalau dah badan berangin memang lesu jadinya. Nak-nak kalau melarat sampai sakit kepala. Yang ni term yang ada leh tukar jadi angin satu badan nak pulak kalau ada yang buat bising masa tengah pening tu.... 

Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. 

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar. 

Tanda-tanda angin banyak dalam badan: • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga. • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal. • Tapak tangan/kaki berasa sejuk. • Selalu menguap/mudah mengantuk. • Sukar bernafas/nafas pendek. • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang. • Kulit kering. •'Muscle spasms' waktu tidur/jaga. • Perut berangin. • Sakit kepala/migraine. • Perasaan mudah marah. • Hilang selera makan. • Hilang/kurang nafsu seks • Dan lelain rasa ketidakselesaan badan. 

Nak tahu apa yang patut kita lakukan jika badan berangin? Sebenarnya ada bermacam-macam petua, antaranya, minum air halia, minum air panas, minum coke, minum eno dan macam-macam lagi la... 











No comments:

Post a Comment