<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n; n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0';n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script','https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1758583920864235'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1758583920864235&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- DO NOT MODIFY --> <!-- End Facebook Pixel Code --> URUT BEKAM MERU KLANG WAN THERAPY

Saturday, 28 February 2015

ANGIN DALAM BADAN, SEBAB MUSABAB DAN PETUA KELUARKANNYA...

Angin dalam badan, sebab musabab dan petua keluarkannya Angin dalam badan...

 Angin masuk badan... Badan berangin.... Maknanya satu je hhehe. Semua orang dah mungkin dah biasa dengan kes yang satu ni ni kan. Kalau dah badan berangin memang lesu jadinya. Nak-nak kalau melarat sampai sakit kepala. Yang ni term yang ada leh tukar jadi angin satu badan nak pulak kalau ada yang buat bising masa tengah pening tu.... 

Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. 

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar. 

Tanda-tanda angin banyak dalam badan: • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga. • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal. • Tapak tangan/kaki berasa sejuk. • Selalu menguap/mudah mengantuk. • Sukar bernafas/nafas pendek. • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang. • Kulit kering. •'Muscle spasms' waktu tidur/jaga. • Perut berangin. • Sakit kepala/migraine. • Perasaan mudah marah. • Hilang selera makan. • Hilang/kurang nafsu seks • Dan lelain rasa ketidakselesaan badan. 

Nak tahu apa yang patut kita lakukan jika badan berangin? Sebenarnya ada bermacam-macam petua, antaranya, minum air halia, minum air panas, minum coke, minum eno dan macam-macam lagi la... 











Wednesday, 25 February 2015

SARAPAN PAGI YANG BETUL

ASSALAMUALAIKUM

lazimnya kita sering bersarapan dengan sarapan pagi yang agak mempunyai kolestrol dan kalori yang tinggi. Ianya biasa akan menyebabkan kita menjadi mengantuk lantas SUKAR untuk bekerja asbab kerana anda mengantuk. Bayangkan seandainya anda mengantuk bagaimana pula dengan prestasi kerja anda? pastila sangat MEROSOT.

Oleh itu kawan-kawan apakah sarapan pagi yang terbaik untuk kita? untuk bersarapan pagi pastikan dalam sarapan pagi kita mempunyai makanan yang membantu untuk pelawasan. pastikan juga makanan yang membantu untuk kecergasan fokus dan makanan ynag membantu untuk merangsang otot. Jangan lupa juga untuk mengambil protin.

Jadi kita kategorikan semula LIST SARAPAN PAGI kita:-

- Mempunyai pelawasan
- Mempunyai kecergasan dan fokus
- Mempunyai merangsang otot
- Protin

Jadi apakah contohmakanan yang boleh dikaitkan dengan perkara diatas? biar kami cadangkan untuk anda:-

- PELAWASAN - BUAH

-KECERDASAN DAN FOCUS - TEH ATAU MADU

-







MERANGSANG OTOT - MAKANAN BERASASKAN BIJIRIN TERUTAMANNYA OAT

-PROTIN - TELUR (AMBIL SETENGAH MASAK)



INSYAALLAH ANDA TIDAK AKAN MENGANTUK LAGI. SELAMAT MENCUBA!!!!











sakit lutut

hari ni kedai kami dikunjungi oleh pesakit yang mengadu sakit lututr akibat bersukan

kaedah rawatan yang kami gunakan ialah:

-Urutan

-Kapor

-Bekam

alhamdulillah pesakit mengadu sakit sudah hilang dan ringan

jadi kepada anda yang ingin datang ke pusat rawatan kami jangan malu jangan segan.

Alamat

lot 3884 batu 3 1/4 jalan durian off persiaran hamzah alang 42200 kapar selangor

https://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Durian,+42200+Kapar,+Selangor/@3.1368481,101.4236836,17z/data=!4m2!3m1!1s0x31cc56da3b55a44f:0x5f3a3c5c88df55edhttps://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Durian,+42200+Kapar,+Selangor/@3.1368481,101.4236836,17z/data=!4m2!3m1!1s0x31cc56da3b55a44f:0x5f3a3c5c88df55edhttps://www.facebook.com/pages/urutbekamcom/213736835466789?ref=hl












Thursday, 1 January 2015



Mlm td plan merawat di klinik darusyifa sg kandis.tp x de org dtg melainkan seorang lelaki yg meminta tlg ibu meliau yg kerasukan dirumah.jd kami tekad tutup klinik dan dtg kerumah beliau.sesampai disane kami lihat ibu sudah sehat seperti sediakala.alangkah terkejutnye kami.rupanye kehadiran kami sahaja Allah dah campakan rahmat pd kuarga beliau. Ingat, sakit sehat ditangan Allah.ada org rawat x baik2.ada org baru nak jumpa perawat da sembuh tibe2. Betapa maha kuasanye Allah.....
Ni gambr kami tgh medang selepas merawat.Allah bg rezeki......

Tuesday, 18 November 2014

KHASIAT HABATUS SAUDA

Khasiat Minyak Habbatus Sauda “Syifa”
Zat-zat aktif yang terkandung dalam Minyak Habbatus Sauda ”Syifa” memiliki kemampuan dalam menyembuhkan berbagai penyakit, antara lain:
  1. Mengobati penyakit Diabetes Melitus
  2. Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
  3. Mengobati keputihan
  4. Meningkatkan produksi dan kualitas ASI
  5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
  6. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  7. Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan pria(meningkatkan kualitas dan jumlah sel sperma). Cocok untuk orang yang ingin punya keturunan
  8. Mengatasi gangguan seksual dan impotensi
  9. Anti alergi dan anti bakteri
  10. Anti radang (mengobati berbagai macam radang)
  11. Mengobati penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus seperticacarherpes, dll.
  12. Anti tumor dan kanker
  13. Mengatasi tekanan darah tinggi
  14. Mengobati tekanan darah rendah
  15. Menyembuhkan infeksi saluran kemih
  16. Mengobati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll)
  17. Mengobati flu dan batuk
  18. Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
  19. Mengatasi depresi dan kelelahan
  20. Anti Oksidan dan anti penuaan dini
  21. Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
  22. Mengatasi gangguan kulit (eksim, jerawat, flek dan luka kulit)
  23. Mengobati epilepsi dan kejang
  24. Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan
  25. Mengobati gangguan pencernaan (sakit maag) dan diare
  26. Anti nyeri (analgesia)
  27. Mengobati sakit kepala (migrain)
  28. Menyembuhkan anemia
  29. Mengobati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
  30. Menormalkan aktifitas otot-otot jantung
  31. Menyembuhkan penyakit liver hepatitis dan perlemakan hati karena alkohol

9 TIPS TURUNKAN KOLESTROL CEPAT DAN MUDAH

1. Buat Target

Ya, sekarang anda sudah tahu yang kolestrol mesti diturunkan. Tapi macam mana nak buat target? Target bergantung kepada beberapa faktor. Seperti tahap kesihatan diri. Ada ke sakit jantung, diabetis, darah tinggi dan lain-lain.

Lebih banyak penyakit bermakna tahap kesihatan anda lebih berisiko. Dan lebih banyak kolestrol yang perlu dinyahkan. Anda mesti target LDL kurang dari 70. Jika risiko anda moderate, target LDL adalah kurang dari 130. Dan jika anda sememangnya sihat, LDL kurang dari 160 adalah yang terbaik.

2. Aktif Bergerak

Tak semestinya perlu pergi ke padang atau track untuk menjadi aktif. Di rumah, di pejabat, anda juga masih boleh

Kalau anda di pejabat, pastikan setiap satu jam anda bangun dan berjalan. Tak perlu lama. Hanya lima minit. Aktiviti fizikal secara regular mampu meningkatkan 10% HDL (kolestrol baik) dan kolestrol jahat LDL juga menurun.

3. Elak Lemak Tepu

Antara penyumbang terbesar lemak tepu ini adalah makanan segera. Jadi elakkan makan sosej, nuget, atau burger yang dijual di pasar raya. Tapi kalau buat sendiri tak apa. Sebab anda tahu kandungan lemak di dalamnya.

Sebolehnya banyakkan makan ikan atau daging putih (dada ayam) untuk gantikan daging.

4. Makan Banyak Fiber

Yang ini takde sekatan. Makanlah banyak mana yang anda suka. Sayur hijau dan buah-buahan mengandungi tinggi fiber. Dan oat juga sangat baik untuk turunkan paras kolestrol.

ubat kolestrol, ubat kolestrol dalam darah, ubat kolestrol tinggi, ubat statin, keburukan statin, menurunkan kolestrol dengan cepat, turunkan kolestrol, petua turunkan kolestrol, makanan turunkan kolestrol makanan yang sedap memang tinggi kolestrol

5. Pilih Ikan

Ubah diet anda. Ya walaupun sukar. Cuba untuk konsisten makan ini. Tapi kena pastikan juga kesegaran ikan itu. Ikan yang segar ada banyak kandungan Omega 3. Omega 3 sangat baik untuk turunkan kolestrol. 

Tapi duduk kat bandar, ikan segar tu macam agak mustahil. Jadi boleh lengkapkan pengambilan Omega 3 dengan cuba mengambil Omega Guard Shaklee.

6. Teh Hijau

Minuman terbaik untuk gantikan minuman yang manis. Di dalam teh hijau ada kandungan yang boleh turunkan LDL (kolestrol jahat). Kajian di Brazil menunjukkan orang yang mengambil kapsul extract teh hijau, berjaya turunkan paras kolestrol.

7. Makan Kekacang

Kacang seperti almond adalah penyerap kolestrol yang baik. Tapi jaga-jaga kandungan kalorinya tinggi. Jadi hadkan pengambilan.

8. Pilih 'Spread' Sihat

Pilih yang 'vege based', kerana ia dapat bantu anda rendahkan kolestrol.

9. Jangan Merokok

Rokok umpama racun, bagi yang tinggi kolestrol, rokok hanya akan menurukan lemak baik HDL di dalam badan. Selain itu, rokok juga adalah faktor utama serangan jantung.

KERAP KENCING, KENAPA TERJADI

Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah
TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.
Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.
“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.
Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.
Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.
Fakta: Faktor risiko OAB
# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar
INFO: Tip tangani OAB
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.