<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n; n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0';n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script','https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1758583920864235'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1758583920864235&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- DO NOT MODIFY --> <!-- End Facebook Pixel Code --> URUT BEKAM MERU KLANG WAN THERAPY: 2014

Tuesday, 18 November 2014

KHASIAT HABATUS SAUDA

Khasiat Minyak Habbatus Sauda “Syifa”
Zat-zat aktif yang terkandung dalam Minyak Habbatus Sauda ”Syifa” memiliki kemampuan dalam menyembuhkan berbagai penyakit, antara lain:
  1. Mengobati penyakit Diabetes Melitus
  2. Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
  3. Mengobati keputihan
  4. Meningkatkan produksi dan kualitas ASI
  5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
  6. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  7. Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan pria(meningkatkan kualitas dan jumlah sel sperma). Cocok untuk orang yang ingin punya keturunan
  8. Mengatasi gangguan seksual dan impotensi
  9. Anti alergi dan anti bakteri
  10. Anti radang (mengobati berbagai macam radang)
  11. Mengobati penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus seperticacarherpes, dll.
  12. Anti tumor dan kanker
  13. Mengatasi tekanan darah tinggi
  14. Mengobati tekanan darah rendah
  15. Menyembuhkan infeksi saluran kemih
  16. Mengobati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll)
  17. Mengobati flu dan batuk
  18. Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
  19. Mengatasi depresi dan kelelahan
  20. Anti Oksidan dan anti penuaan dini
  21. Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
  22. Mengatasi gangguan kulit (eksim, jerawat, flek dan luka kulit)
  23. Mengobati epilepsi dan kejang
  24. Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan
  25. Mengobati gangguan pencernaan (sakit maag) dan diare
  26. Anti nyeri (analgesia)
  27. Mengobati sakit kepala (migrain)
  28. Menyembuhkan anemia
  29. Mengobati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
  30. Menormalkan aktifitas otot-otot jantung
  31. Menyembuhkan penyakit liver hepatitis dan perlemakan hati karena alkohol

9 TIPS TURUNKAN KOLESTROL CEPAT DAN MUDAH

1. Buat Target

Ya, sekarang anda sudah tahu yang kolestrol mesti diturunkan. Tapi macam mana nak buat target? Target bergantung kepada beberapa faktor. Seperti tahap kesihatan diri. Ada ke sakit jantung, diabetis, darah tinggi dan lain-lain.

Lebih banyak penyakit bermakna tahap kesihatan anda lebih berisiko. Dan lebih banyak kolestrol yang perlu dinyahkan. Anda mesti target LDL kurang dari 70. Jika risiko anda moderate, target LDL adalah kurang dari 130. Dan jika anda sememangnya sihat, LDL kurang dari 160 adalah yang terbaik.

2. Aktif Bergerak

Tak semestinya perlu pergi ke padang atau track untuk menjadi aktif. Di rumah, di pejabat, anda juga masih boleh

Kalau anda di pejabat, pastikan setiap satu jam anda bangun dan berjalan. Tak perlu lama. Hanya lima minit. Aktiviti fizikal secara regular mampu meningkatkan 10% HDL (kolestrol baik) dan kolestrol jahat LDL juga menurun.

3. Elak Lemak Tepu

Antara penyumbang terbesar lemak tepu ini adalah makanan segera. Jadi elakkan makan sosej, nuget, atau burger yang dijual di pasar raya. Tapi kalau buat sendiri tak apa. Sebab anda tahu kandungan lemak di dalamnya.

Sebolehnya banyakkan makan ikan atau daging putih (dada ayam) untuk gantikan daging.

4. Makan Banyak Fiber

Yang ini takde sekatan. Makanlah banyak mana yang anda suka. Sayur hijau dan buah-buahan mengandungi tinggi fiber. Dan oat juga sangat baik untuk turunkan paras kolestrol.

ubat kolestrol, ubat kolestrol dalam darah, ubat kolestrol tinggi, ubat statin, keburukan statin, menurunkan kolestrol dengan cepat, turunkan kolestrol, petua turunkan kolestrol, makanan turunkan kolestrol makanan yang sedap memang tinggi kolestrol

5. Pilih Ikan

Ubah diet anda. Ya walaupun sukar. Cuba untuk konsisten makan ini. Tapi kena pastikan juga kesegaran ikan itu. Ikan yang segar ada banyak kandungan Omega 3. Omega 3 sangat baik untuk turunkan kolestrol. 

Tapi duduk kat bandar, ikan segar tu macam agak mustahil. Jadi boleh lengkapkan pengambilan Omega 3 dengan cuba mengambil Omega Guard Shaklee.

6. Teh Hijau

Minuman terbaik untuk gantikan minuman yang manis. Di dalam teh hijau ada kandungan yang boleh turunkan LDL (kolestrol jahat). Kajian di Brazil menunjukkan orang yang mengambil kapsul extract teh hijau, berjaya turunkan paras kolestrol.

7. Makan Kekacang

Kacang seperti almond adalah penyerap kolestrol yang baik. Tapi jaga-jaga kandungan kalorinya tinggi. Jadi hadkan pengambilan.

8. Pilih 'Spread' Sihat

Pilih yang 'vege based', kerana ia dapat bantu anda rendahkan kolestrol.

9. Jangan Merokok

Rokok umpama racun, bagi yang tinggi kolestrol, rokok hanya akan menurukan lemak baik HDL di dalam badan. Selain itu, rokok juga adalah faktor utama serangan jantung.

KERAP KENCING, KENAPA TERJADI

Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah
TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.
Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.
“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.
Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.
Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.
Fakta: Faktor risiko OAB
# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar
INFO: Tip tangani OAB
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.

BERBASIKAL UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.
Ramai yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki.
Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.
Melancarkan aliran darah
Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.
Mampu mengawal tekanan darah
Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).
Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).
Mengurangkan paras kolesterol `jahat’
Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.
Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).
Terdapat banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi berbasikal.

Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan dan mencergaskan diri semasa senaman:

Pemakanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.
Menghidratkan tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.
Kekal fleksibel – Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.
Mendapatkan tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

Monday, 17 November 2014

REFLEKSOLOGI

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan . SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.
Penyelia Pusat Terapi Reborn di Sunway Pyramid 2, Karen Lee, berkata teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

“Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Karen berkata, apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.
“Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing,” katanya.Beliau berkata, bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.
“Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.“Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

FAKTA: Kelebihan refleksologi
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

SEJARAH BEKAM

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.
Mengapa Harus Berbekam?
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.
Toksid dalam tubuh manusia antaranya berpunca daripada:
1.Pencemaran udara
2.Makan makanan segera kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna, perisa, dan sebagainya
3.Hasil pertanian yang beracun (insektisid, fungisid, herbisid)
4.Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam, dan lain-lain
5.Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam sistem badan
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan darah beku iaitu:
1.Darah beku yang diakibatkan oleh kecederaan ketika di dalam rahim dan semasa dilahirkan
2.Darah beku yang berpunca dari penderitaan fizikal seperti kemalangan, terseliuh, dan aktiviti-aktiviti lasak
3.Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, dan ikat kepala yang berpanjangan
4.Darah beku yang berpunca dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, dan kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat membahayakan metabolisma tubuh
5.Darah beku yang diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan pencemaran alam sekitar
Oleh itu, darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.
Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.

Antara Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam
-Sakit kepala-Mata kabur-Sakit leher
-Migraine-Katarak-Sakit kaki
-Tekanan/stress-Sakit urat-Kembung perut
-Sakit belakang-Sakit angin-Batuk
-Sakit pinggang-Bengkak-bengkak badan-Asma/masalah paru-paru
-Sakit sendi-Lenguh-lenguh badan-Kolestrol tinggi
-Lemah badan-Kebas-kebas-Sakit gigi
-Darah tinggi-Gout-Kejang otot
-Diabetik-Resdung-Gatal-gatal
-Sakit jantung-Jerawat-Sembelit
-Angin ahmar-Sinusitis-dan lain-lain

Bekam, Cara Perubatan Terbaik
Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.
Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.” Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi)
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

Hukum Berbekam
Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al-Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. Maksud saya, sebuah wilayah kadang-kadang memerlukan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi keperluan yang diperlukan. Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara karana menempatkan diri di ambang kehancuran. Ini kerana Zat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta berdakwah untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”

Sunday, 16 November 2014

KESAN BERBEKAM

-Badan fizikal menjadi kuat

-Stamina meningkat

-Sistem imun meningkat

-Tidak lesu

-Badan sentiasa cergas

-Menjadi seorang yang aktif

-Badan kurang penyakit

-Jarang-jarang demam/selsema

-Tidur nyenyak

-Selera makan bertambah

-Mudah segala urusan

-Murah rezeki

-Wajah berseri

-Pahala amalan sunnah meningkat

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BERBEKAM

Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit," katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan," katanya.

Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar," katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita" 

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.