Thursday, 13 November 2014
3 JENIS TONSILITIS
Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria. Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.
Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:
1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang
Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa. Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.
Simptom Acute Tonsillitis
Sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
Dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
Acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.
Apa itu Recurrent Tonsillitis ?
Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
Jadinya, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.
Tonsillitis Kronik
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
URUT BEKAM KLANG. URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URU...
-
"URUT DAN BEKAM" KINI DI PEKAN MERU BAZAAR ASYARIF KEDAI NO 18. SUDAH DEKAT...... SENANG NAK DATANG...
-
Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya t...
No comments:
Post a Comment