Thursday, 13 November 2014
BAHAYANYA PEMIKIRAN NEGATIF
Bahaya sebenarnya negative thinking. Antaranya dia boleh menyekat potensi diri kita dan menghuru harakan hidup kita dan orang sekeliling kita (maaf cakap ya( sebab saya pernah berkawan dengan orang yang negative thinking dan sedikit sebanyak menyesakkan kepala saya dengan andai andai serta fikiran negative dia tu...Dalam soal ini bagaimana harus berubah pertama kena baiki hubungan dengan ALLAH. Seorang hamba ALLAH yang rapat dengan ALLAH insyaALLAH suci jiwanya serta terang fikirannya. Bagaimana? Perbanyakkan zikir, baca quran, solat solat sunat dan berdoa mohon dikurniakan fikiran dan sangkaan yang baik kepada sesiapa pun dan untuk apapun.Kedua kena biasakan bersangka baik dari sekecil kecil perkara hingga ke besar besar perkara. Susah? Memang susah siapa kata mahu berbuat baik itu mudah namun kena mujahadah kerna selagi kita hidup kita akan bermujahadah dalam segenap perkara... Sangkaan baik yang harus pertama tamanya ialah kepada ALLAH. Jangan sesekali ada sangkaan buruk padaNYA. Buruk sangkaan kita maka buruklah kita dapat... Jangan gusar jika sangkaan baik kita itu tidak sama dengan natijahnya maka kita kena sangka baik lagi, pasti ada hikmah disebaliknya...Dalam hidup ni kita kena biasakan berserah diri pada ALLAH, insyaALLAH apa jua yang berlaku kita boleh bertenang...Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
URUT BEKAM KLANG. URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URUT BEKAM KLANG, URU...
-
"URUT DAN BEKAM" KINI DI PEKAN MERU BAZAAR ASYARIF KEDAI NO 18. SUDAH DEKAT...... SENANG NAK DATANG...
-
Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya t...
No comments:
Post a Comment