Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.
Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat.
Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala.
Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.
Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.
Antara penyebab migrain:
• Kekurangan zat dan nutrisi
• Faktor keturunan
• Kesan pengambilan ubat-ubatan
• Wanita yang mengalami haid
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
Antara panduan mengurangkan sakit kepala:
• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.
• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.
• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.
• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.
• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.
• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.
• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.
• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.
• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.
PUSAT RAWATAN URUT BEKAM
WAN THERAPY
MERU KLANG
WAN THERAPY
WAN THERAPY GROUP adalah satu gabungan antara anak-anak muda dari perkampungan MERU KLANG yang mempunyai ilmu URUTAN dan BEKAM yang membuat perkhidmatan kami di sekitar MERU,KLANG,KAMPUNG BUDIMAN,PUNCAK ALAM,AMAN PERDANA,SETIA ALAM, SHAH ALAM dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya.
Kami yang berumur sekitar 21-30an ini mempunyai pengalaman masing-masing dalam bidang URUTAN dan BEKAM. Walaupun kami berlainan perguruan namun kami masih mampu berganding bahu dalam satu pasukan WAN THERAPY GROUP untuk membantu masyarakat sekeliling.
Kami yang diketuai oleh Mohammad Ridzuan Bin Zainodin atau dikenali sebagai Wan selaku pengurus dibawah naungan syarikat NURUL JANNAH selalunya melakukan sesi rawatan terbuka berpusat di Lot 3884 Jalan Durian yang beroperasi setiap harap pada jam 9pm -11pm dan waktu-waktu lain dengan temu janji.
Kepada yang berminat boleh hubungi, mesej, whatsapp kami ditalian 01115749560 untuk tempahan yang sebarang pertanyaan.
PAKEJ RAWATAN YANG KAMI TAWARKAN
PAKEJ BEKAM
Berikut merupakan pakej bekam yang disediakan oleh kami. Kesemua pakej adalah pakej datang ke rumah untuk bekam.
- 10 cup – RM 50.00
- 15 cup – RM 70.00
- 22 cup – RM 100.00
- 40 cup – RM 180.00
PAKEJ URUT
- SATU BADAN - RM50 (satu jam)
- SATU BADAN - RM30 (setengah jam)
- REFLEKSOLOGO - RM20 (setengah jam)
PAKEJ ISTIMEWA URUT DAN BEKAM
Urut satu badan dan Bekam 15 cup RM 100
Urut satu badan dan Bekam 22 cup RM 140
Urut satu badan dan Bekam 30 cup RM 180
Urut satu badan dan Bekam 40 cup RM 220
"KAMI JUGA MENJALANKAN KHIDMAT RAWATAN DATANG KE
RUMAH ANDA."
(cas dikenakan mengikut jauh perjalanan)
Hubungi kami segera...!
01115749560
WAN THERAPY
MELEGAKAN SAKIT ANDA............
No comments:
Post a Comment