<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n; n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0';n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script','https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1758583920864235'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1758583920864235&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- DO NOT MODIFY --> <!-- End Facebook Pixel Code --> URUT BEKAM MERU KLANG WAN THERAPY: ARTIKEL KESIHATAN PILIHAN

Thursday, 13 November 2014

ARTIKEL KESIHATAN PILIHAN

ARTIKEL KESIHATAN PILIHAN

Senaman Untuk Kesihatan Jantung: Gaya hidup yang tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab sakit jantung. Senaman banyak manfaatnya kepada kesihatan jantung. Beberapa perubahan kecil kepada gaya hidup boleh memberi kesan ketara pada kesihatan. Hanya dengan bersenam selama tujuh jam seminggu dapat mengurangkan risiko mati awal sebanyak 40% berbanding dengan bersenam kurang daripada 30 minit seminggu.
Kebaikan Vitamin D: Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Satu daripada puncanya adalah keupayaan badan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D semakin hilang. Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan pelbagai keadaan kesihatan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.
Tanpa Kesihatan Kita Semua Miskin: Ramai orang yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan untuk mengembalikan kesihatan yang hilang. Aneh ya, tetapi itulah kita...manusia. Tiada yang lebih bernilai daripada kesihatan. Semua orang tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk berbuat sesuatu bagi menjaga kesihatan. Jika usia sudah melebihi 40 tahun, eloklah beri perhatian lebih kepada kesihatan diri.

No comments:

Post a Comment